Katalog Ikea 2015 Lebih Padat dan Menarik


Assalamualaikum, bertemu kembali dalam lamandeco bagi tahun baru 2015. Tahun 2014 pastinya meninggalkan kenangan manis dan pahit dengan pelbagai sorotan berita suka dan duka. Saya juga ingin melahirkan rasa dukacita dan simpati buat mangsa banjir di seluruh negara yang kini berdepan dengan kesukaran dan kepayahan.




Bagi tahun 2015, Ikea kini telah kembali menghiasi laman mereka dengan katalog terbaru 2015 ..Pastinya idea-idea menarik dan terkini ditampilkan dari ruang tamu hinggalah ke penampilan ruang pejabat yang moden.



Bagi anda yang sedang mencari idea dan tips untuk membuat dekorasi bagi rumah kediaman, mahupun pejabat, bolehlah terus melayari laman sesawang Ikea Malaysia..atau terus ke Ikea di Damansara untuk melihat sendiri.


Akhir kata, selamat menyambut tahun baru 2015, semoga tahun ini lebih baik dari semalam dan sama-sama kita memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini.